KISAH 7 PEMUDA TIDUR DALAM GOA SELAMA 309 TAHUN
Kahf Ahlil
Kahf terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini
suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak
arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim
juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai
nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat. Kahf Ahlil
Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam
Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah
tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah
melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun
Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh
suara apa sekalipun.
Firman Allah; “Adakah
engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua)
dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan
Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat
berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat
kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam
urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)
Ashabul kahfi
(penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas, menurut para
ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;
Maksalmina
Tamlikha
Martunus
Martunus
Bainunus atau Nainunus
Sarbunus
Dzunuanus
Kasyfitatanunus
Bersama mereka seekor anjing bernama
Qitmir mengekori mereka. Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah di tengah
kekufuran kaum dan bangsa mereka. Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman
diakui oleh Allah dengan firmanNya;
“Sesungguhnya mereka itu adalah
pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka
petunjuk”. (al-Kahfi: 13)
Menurut ahli sejarah, kisah ini
berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di satu negeri bernama Afsus yang
terletak di Turki (ada pendapat menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan
di Syria). Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat
mengesakanNya.
Namun keadaan berubah selepas
kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman
kufur/berhala dan dia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad
dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama
kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan seksaan
raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu.
Namun tujuh pemuda beriman tadi
tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh
mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin
terancam dengan berbuat demikian. Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja
itu.
Di hadapan raja yang zalim itu,
mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan
prinsip aqidah Ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman menceritakan peristiwa
mereka berhujjah;
“Dan Kami telah meneguhkan hati
mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata
(membentangkan hujjah kepada raja): ”Tuhan kami adalah Tuhan langit dan
bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau
demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami
ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa
mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?)
Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan
terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)
Walaupun tidak mampu menjawab
hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan
zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka. Ia memberikan
tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini
tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh.
Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama
mereka untuk mencari keputusan yang muafakat. Apakah tindakan yang sepatutnya
diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka
memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan
pedalaman/kampung.
Firman Allah; “Dan oleh kerana
kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain
Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan
dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk
menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”. (al-Kahfi: 16)
Mereka lari ke pedalaman di kawasan
pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka
bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka
telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut
bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam gua itu
mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah.Allah telah menidurkan
mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut.
Firman Allah menceritakan tentang
mereka di dalam gua;
“Lalu Kami tidurkan mereka dengan
nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”. (al-Kahfi: 11).
Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).
“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (al-Kahfi: 25)

Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.
“Dan engkau sangka mereka sedar
padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah
kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang
anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu
menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan
(diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”.
(al-Kahfi: 18)
Setelah sampai tempoh yang
ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka dibangunkan. Ketika
mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka
masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau
separuh hari sahaja.“Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Sudah
berapa lamakah kamu berada (di sini?)”. Mereka menjawab: “Kita berada (di sini)
sehari atau setengah hari….”. (al-Kahfi: 19)
Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka
terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang
wakil untuk ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka
memilih Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri
dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak.
Firman Allah menceritakan cadangan
sebahagian dari mereka itu;
“Maka suruhlah salah seorang di
antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak kamu ini, dan hendaklah dia
lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka
hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah
lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun.
Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar
kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian
niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”. (al-Kahfi: 19-20)
Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan kita supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang kita mampu, dalam keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah.
Allah SWT Berfirman; “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”. (at-Taghabun: 16)
Walaupun Allah menceritakan dalam ayat tadi bahawa pemuda-pemuda amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain–kerana mereka menyangka raja yang memerintah negeri masih raja yang dulu dan kafir kepada Allah, namun Allah telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukan kekuasaan dan kehebatanNya. Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatah lagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi.
“Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”. (al-Kahfi: 21)

Allah mendedahkan perihal
pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak
membeli makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah
sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan
mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang
zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu
dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama. Setelah
mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul kahfi
bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan
mendengar kisah mereka.
Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu
pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang
beriman itu dan orang-orangnya. Raja mencadangkan supaya sebuah masjid
didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya
mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan.
Hal ini diceritakan Allah dengan
firmanNya;
“Setelah itu maka (sebahagian
dari mereka) berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah
jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas
urusan mereka (yakni pihak raja) pula berkata: “Sesungguhnya kami hendak
membina sebuah masjid di sisi gua mereka”. (al-Kahfi: 21)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar